Tuesday, February 15, 2011

Salam Maulidurrasul dan Selamat Hari Lahir

8.50 a.m
15 Februari 2011

Hari ini merupakan ulang tahun hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Umat Islam seluruh dunia menyambut hari yg penuh bermakna ini dengan hati yang gembira dan penuh kesyukuran. Sambutan Maulidurrasul peringkat kebangsaan pada tahun ini telah diadakan di Putrajaya dengan mengadakan perarakan lebih 100 kontingen dr pelbagai organisasi seluruh negara sambil berselawat ke atas Nabi Muhammad.

Sedikit sejarah sambutan Maulidurrasul  (http://www.sunnah.org/publication/malay/maulid.htm#3 ). Menurut sumber, "Makkah, merupakan Ibu kepada semua Kota (semoga Allah merahmati dan memuliakannya), merupakan penghulu bagi lain-lain kota diseluruh negara Islam didalam meraikan Maulidurrasul. Al-Azraqi, seorang ahli sejarah Makkah pada abad ke 3 - hijrah, telah menulis didalam kitabnya, Akhbar Makkah (Jilid 2,ms160) tempat-tempat yang digalakkan (mustahabb) untuk menunaikan solat di Makkah antaranya ialah rumah tempat Nabi (s.a.w) dilahirkan (Mawlid al-Nabi). Menurut beliau, rumah tersebut telah dijadikan masjid oleh ibu kepada Khalifah Musa al-Hadi dan Harun ar-Rashid."

"Al-Naqqash, seorang 'ulama didalam bidang al-Quran mengatakan bahawa tempat kelahiran Nabi merupakan tempat dimana do'a diterima pada waktu tengahari setiap hari Isnin. Pendapat beliau ini tercatat didalam kitab al-Fasi, Shifa' al-gharam (Jilid 1, ms 199) dan juga kitab-kitab lain."

Selain berselawat, terdapat juga sesetengah masyarakat (seperti di tempat saya) yg mengamalkan bacaan berzanji sempena memuliakan kelahiran Nabi Muhammad. Salah satu video bacaan berzanji yg terbaik yang saya ambil dari YouTube:



Selain sambutan Maulidurrasul, hari ini juga merupakan hari lahir yg pertama sepupu saya yg bongsu iaitu Muhammad Qashful Qays. Semoga beliau membesar dengan pekerti yg indah dan menjadi seorg anak yg soleh..InsyaAllah..

No comments:

Post a Comment